top of page
Search
Writer's pictureNorman Abdullah

Wajarkah Anda Membuat Pinjaman Peribadi Bagi Menyelesaikan Baki Kad Kredit?


Perkara yang boleh membinasakan mana-mana individu adalah bermewah menggunakan kad kredit. Kehadiran kad kredit dalam hidup seseorang akan mengubah cara berbelanjanya secara menyeluruh. Disebabkan syarat mengeluarkan kad kredit kian longgar, semakin ramai individu daripada kumpulan berpendapatan sederhana kini memiliki kad kredit dan memperoleh kuasa beli yang lebih tinggi. Maka dengan itu, kadar penggunaan kad kredit kian meningkat di Malaysia.


Berdepan dengan impak kewangan


Memiliki kad kredit tidak salah. Yang menjadi masalah adalah penyalahgunaan. Kebanyakkan daripada kita mudah lupa diri apabila memiliki kuasa beli yang tinggi. Seringkali berbelanja tanpa peduli dengan kad kredit. Individu yang memiliki kad kredit sepatutnya belajar menggunakan kad kredit tersebut dengan bijak dah berhemah.


Impak yang paling membinasakan akibat penyalahgunaan kad kredit adalah pengumpulan baki. Apabila kad kredit dibelanjakan sesuka hati, baki yang terkumpul menjadi semakin tinggi. Waktu itu, sudah terlambat untuk berbuat apa-apa lagi. Jalan yang terbaik untuk mengatasi masalah ini adalah dengan membuat keputusan yang wajar.


Mendapatkan pinjaman peribadi untuk menyelesaikan baki kad kredit


Antara cara untuk menyelesaikan baki kad kredit adalah dengan mendapatkan pinjaman peribadi. Pastikan anda memahami bahawa objektif pinjaman peribadi adalah untuk menyelesaikan baki kad kredit anda, bukan untuk berbelanja.


Kadar rata atau kadar tetap?

Jalankan sedikit analisa sebelum mengambil pinjaman peribadi. Pastikan pinjaman yang anda ambil bersesuaian dengan keadaan kewangan anda. Antara perkara yang harus dipandang dengan teliti sewaktu mengambil pinjaman peribadi adalah kadar faedah.

Pinjaman peribadi mempunyai kadar RATA

  • Pinjaman peribadi mempunyai faedah kadar rata yang akan dikira berdasarkan jumlah pokok

  • Oleh itu, anda akan membuat pembayaran seragam sepanjang tempoh pinjaman

Kad Kredit mempunyai kadar TETAP

  • Faedah akan dikenakan setiap hari walaupun baki pinjaman telah berkuranganan

  • Oleh itu, faedah akan ditambahkan kepada baki yang belum dijelaskan. Proses ini akan berulang sehingga baki pinjaman selesai sepenuhnya

Perbandingan kadar rata dan kadar tetap


Bayangkan situasi dimana anda menetapkan tempoh 2 tahun untuk menyelesaikan baki kad kredit anda yang berjumlah RM10,000 dan anda mampu membuat pembayaran sebanyak RM500 sebulan.


Kadar faedah yang biasa dikenakan oleh kad kredit adalah 15% sehingga 18% setahun atau 1.25% sehingga 1.5% sebulan.  Katakanlah, anda melakukan pinjaman peribadi dengan Public Islamic Bank yang mempunyai kadar faedah sebanyak 5.2% setiap tahun  (info terkini pada 6 Apr 2018 – Public Islamic Bank menawarkan kadar feadah promosi 4.90% – 4.95% sehingga 30 Sept 2018). Wajarkah anda memilih jalan ini?


Faedah menggunaan pinjaman peribadi untuk menyelesaikan baki kad kredit


1. Penyatuan pinjaman

Menyatukan baki kredit kad anda adalah tindakan yang bijak. Baki kad kredit yang diselesaikan menggunakan pinjaman peribadi akan membebaskan had kredit anda. Anda dapat menggunakan kad kredit untuk tujuan kecemasan dan keperluan nanti.


2. Memudahkan urusan pemantauan baki pinjaman


Memantau baki pinjaman menjadi lebih mudah kerana kadar pembayaran balik pinjaman peribadi adalah sekata sepanjang tempoh meminjam. Oleh itu, kebarangkalian untuk terlepas bayaran adalah rendah kerana anda tidak perlu lagi memantau baki pinjaman untuk beberapa kad kredit, tetapi hanya memberi tumpuan kepada satu akaun pinjaman peribadi.



3. Peluang simpanan


Antara kebaikan mengambil pinjaman peribadi adalah peluang simpanan. Anda dapat akan memperolehi simpanan efektif sebanyak RM941.76, kira-kira 10% daripada baki pinjaman atau nilai pokok RM10,000. Ini adalah cara yang bijak untuk menyimpan.


Keburukan menggunakan pinjaman peribadi bagi menyelesaikan baki kad kredit


1. Baki terkumpul 


Ujian yang perlu anda lalui setelah menyelesaikan baki kad kredit adalah penggunaan kad kredit secara berdisiplin. Adalah tidak wajar untuk anda mengambil pinjaman peribadi melainkan anda benar-benar yakin bahawa anda boleh menggunakan kad kredit secara berhemah, tanpa disiplin dalam penggunaan kad kredit, pinjaman peribadi itu akan menjadi sia-sia dan akan menjadi beban tambahan.


2. Kadar faedah tinggi


Seperti yang telah dinyatakan tadi, adalah tidak wajar untuk anda mengambil pinjaman peribadi jika kadar faedahnya lebih tinggi. Kekalkan kedudukan kewangan anda dengan memastikan anda membuat bayaran tepat pada masanya.


3. Bayaran tersembunyi


Dapatkan maklumat mengenai sebarang yuran pemprosesan daripada pihak pengeluar pinjaman. Barangkali ada bayaran tersembunyi di sebalik kadar faedah yang rendah. Bayaran tersembunyi akan membuatkan anda perlu membayar lebih, dan itu adalah tidak baik.


Pemindahan baki kad kredit


Salah satu alternatif untuk menyelesaikan baki kad kredit adalah pemindahan baki. Cara ini amat sesuai untuk individu yang baki kad kreditnya telah mencapai tahap kritikal. Anda perlu mencari syarikat kad kredit yang mempunyai kadar faedah rendah bersama dengan kadar pemindahan baki yang minima.


Tetapi, pemindahan baki ini ada tarikh luput. Kadar faedah yang rendah cuma ditawarkan untuk tempoh sementara. Apabila tempoh sudah tamat, maka kadar faedah akan melonjak naik semula.


Kawal perbelanjaan


Berbelanja menggunakan kad kredit memang mengujakan. Tetapi, perkara itu juga akan menjurus kepada binasa jika tidak dikawal. Isu bankrupsi adalah isu yang serius di Malaysia. Pastikan anda bukan salah seorang yang tersenarai sebagai individu muflis disebabkan baki kad kredit yang tidak diselesaikan. Selesaikannya dengan segera agar anda boleh hidup aman dan bebas daripada masalah kewangan.


Jika anda dah membuat keputusan untuk mendapatkan pinjaman peribadi untuk menyelesaian baki kad kredit, semak kelayakan pinjaman bank dan koperasi anda di sini dengan cepat, mudah dan selamat (untuk kakitangan kerajaan)

3 views0 comments

Recent Posts

See All

コメント


bottom of page