top of page
Writer's pictureNorman Abdullah

Pinjaman Peribadi Kakitangan GLC

Pinjaman peribadi untuk kakitangan Syarikat Berkaitan Kerajaan (Government Linked Companies) atau GLC loan adalah pelan pinjaman dan pembiayaan yang ditawarkan khusus kepada individu yang berkhidmat dengan syarikat berstatus GLC.

Kelebihan kakitangan syarikat GLC ialah kebanyakan pinjaman peribadi yang ditawarkan mempunyai ciri dan kelayakan pinjaman yang sama dengan pinjaman untuk kakitangan kerajaan. Dalam erti kata lain, kebanyakan pinjaman untuk kakitangan sektor awam merangkumi pinjaman untuk kakitangan kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan dan badan-badan berkanun.



Boleh dikatakan hampir kesemua GLC personal loan menawarkan jumlah pinjaman dan pembiayaan yang tinggi dan juga tempoh pinjaman yang panjang. Ada pinjaman peribadi kakitangan GLC yang membenarkan pembiayaan sehingga RM400,000 dengan tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun. Caj kadar faedah atau caj perkongsian kadar keuntungan juga adalah lebih rendah berbanding pinjaman peribadi kakitangan swasta atau pinjaman untuk individu yang bekerja sendiri. Walau bagaimanapun, caj kadar faedah atau keuntungan ini sentiasa berubah – oleh pastikan anda rujuk dahulu dengan institusi kewangan yang terlibat sebelum mohon.

Syarat kelayakan yang diperlukan untuk mohon juga tidak terlalu ketat. Kebanyakan pinjaman peribadi untuk kakitangan syarikat berkaitan kerajaan mengenakan syarat kelayakan yang mudah seperti kelayakan gaji yang rendah dan tempoh berkhidmat yang tidak terlalu panjang. Begitu juga dokumen untuk mohon yang perlu disediakan. Majoriti pinjaman GLC memerlukan penyediaan dokumen yang ringkas daripada pemohon.

Pinjaman peribadi yang disenaraikan adalah daripada institusi kewangan seperti bank, koperasi dan kredit komuniti, dahulunya dikenali sebagai pemberi pinjaman wang berlesen atau pinjaman berlesen. Pilih pelan pinjaman peribadi yang sesuai dengan keperluan anda pada pinjaman peribadi tersebut untuk maklumat lanjut dan bagaimana untuk mohon secara atas talian (online).



sila hubungi direct whatsapp Agent kami untuk Info & pertanyaan selanjutnya @ Puan Atiqah


5 views0 comments

Comments


bottom of page