“Ini takkan terjadi kepada saya” atau “Bagaimana seseorang boleh terjerat ke dalam perangkap seperti ini?” Sekarang ini sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa scam. Baru-baru ini, seorang guru telah kehilangan wang sebanyak RM1.13 juta kepada Macau Scam. Sindiket ini menyamar sebagai ‘pegawai polis’ di mana mereka mendakwa keretanya telah terlibat dalam satu kemalangan ngeri yang membabitkan pengubahan wang haram. Beliau juga telah mengambil pinjaman peribadi untuk bersedia menjadikan ia sebagai ‘wang ikat jamin’.
Sebenarnya sindiket ini terlatih dengan baik di mana mereka mampu meyakinkan anda untuk mempercayai semua yang mereka katakan. Tujuan kami menulis artikel ini adalah untuk membina kesedaran dan mendidik pengguna agar tiada yang menjadi mangsa scammer Malaysia seperti yang lain. Di sini terdapat beberapa scam yang anda biasa dengar berlaku di Malaysia.
1. Scam LHDN
Sebelum ini kita telah sedia maklum bahawa nombor telefon dari telefon bimbit yang mengatakan mereka daripada agensi Kerajaan, LHDN dan sebagainya dah sah-sahlah scammer kan?
LHDN juga pernah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak pernah membuat panggilan dari nombor telefon bimbit.
Tapi tahukah anda, taktik scammer yang terbaru kini menggunakan nombor telefon dari premis tetap untuk mengelirukan orang ramai.
Malah, mereka yang dah ‘terkena’ mendakwa scammer ini siap menggunakan operator dan mempunyai maklumat peribadi orang yang dihubunginya!
Apa yang kita kena lakukan untuk elak penipuan atau scam LHDN?
Jangan percaya dan matikan telefon jika ada individu mendakwa mereka sebagai pegawai bank, polis, LHDN dan meminta anda mendedahkan sebarang maklumat peribadi.
Buat semakan nombor telefon tersebut melalui laman web CCID CCID (Commercial Crime Investigation Department) aka Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) di pautan berikut: http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/
Bertanya sendiri dengan pihak polis, LHDN atau mana-mana agensi melalui nombor telefon rasmi atau laman rasmi agensi berkenaan.
Anda juga boleh menggunakan aplikasi seperti TrueCaller untuk menyaring nombor telefon scammer.
2. Scam KWSP
Duit KWSP ini macam yang anda tahu merupakan duit simpanan untuk hari tua nanti. Kebiasaannya, golongan yang dah pencen dan yang dah mengeluarkan simpanan mereka ini yang menjadi sasaran scammer. Selain itu, para scammer ini juga menyasarkan golongan yang nak mengeluarkan duit i-Sinar dan i-Citra. Berikut merupakan antara taktik penipuan KWSP yang digunakan oleh scammer:
Panggilan daripada “Ejen KWSP”
Sekiranya anda mendapat panggilan daripada seseorang yang claim dirinya sebagai seorang ejen KWSP, anda boleh letak terus telefon. KWSP tak pernah melantik mana-mana ejen untuk menguruskan simpanan anda. Jadi, anda jangan layan sekiranya scammer ini call dan menyatakan dia boleh bantu anda untuk membuat pengeluaran atau meminta IC.
Melalui SMS
Kalau anda mendapat mesej yang mengandungi nombor OTP walaupun anda tak pernah memohon, ini bermakna scammer sedang menggunakan data peribadi anda.
Aplikasi Palsu i-Sinar
Ada juga scammer yang gigih membuat aplikasi yang nampak real kononnya untuk memudahkan urusan pengeluaran duit KWSP. Sebagai langkah keselamatan, anda boleh menghubungi pihak KWSP untuk memastikan sama ada aplikasi tersebut milik mereka atau tak.
Comments