1. Tidak menyelidik pengurus dana anda
Seseorang yang memakai pakaian dan tali leher yang hebat, duduk di pejabat yang bagus dan bercakap perkara yang bagus mengenai potensi pelaburan anda – jangan menilai dari luarannya saja.
Jadi bijak jika ia melibatkan wang anda. Anda perlu menyelidik pengurus dan penasihat dana anda serta syarikat yang terlibat. Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mempunyai senarai panjang syarikat, individu dan pelaburan yang tidak diluluskan. Tidak salah untuk anda melihat senarai syarikat tersebut sebelum anda kehilangan wang anda.
2. Kurangnya pemahaman mengenai risiko pelaburan
Kebanyakan pelaburan mempunyai risiko kewangan. Tetapi adakah anda sedar bahawa semakin tinggi risiko, semakin tinggi potensi pulangan? Dan sebaliknya, risiko yang lebih rendah membawa pulangan yang lebih rendah. Walaupun ia adalah perkara asas tetapi ia dapat membantu anda menentukan jenis pelaburan yang sesuai dengan risiko anda.
3. Mengikut cara pelaburan orang lain
Melabur mengikut cara orang lain boleh menjadi satu masalah. Pelaburan bukanlah mengenai mengikut nasihat dari sesiapa saja atau juga mendengar media kewangan. Oleh itu jangan terlalu mendengar nasihat yang mungkin akan menipu anda seperti “pelaburan yang bagus”. Buat kajian sendiri mengenai pelaburan dan jadi realistik.
4. Tidak memberi perhatian kepada kos yang berpotensi
Di antara bayaran komisen, broker dan pengurusan serta caj jualan; jika kos pelaburan melebihi dana pelaburan sebenar, ia boleh menjadi masalah yang besar. Pengeluaran yuran terlalu banyak boleh menjejaskan keuntungan jangka panjang pelaburan anda.
Apa yang perlu anda lakukan ialah membandingkan antara produk yang sama, perhatikan bagaimana pengurus lain mengecaj dan berunding untuk mendapatkan yuran paling rendah.
5. Menggunakan wang dari dana kecemasan atau persaraan anda
Wang ini bertujuan untuk membantu anda ketika kecemasan atau tidak dapat lagi bekerja. Walau bagaimanapun, semestinya anda ingin melabur juga. Tetapi ingat, anda tidak perlu menggunakan wang tersebut, simpan wang tersebut dan anda boleh gunakan untuk diri sendiri.
Wang simpanan anda akan kekal di dalam akaun anda, ia akan memperoleh faedah atau dividen yang kecil. Jadi, berhati-hati dengan mengeluarkan wang kecemasan atau dana persaraan untuk pelaburan.
6. Percubaan ketika “masa” pasaran
Untuk membuat pelaburan kita perlu mencari masa yang sesuai untuk menjual atau membeli saham bagi memperoleh keuntungan yang tinggi. Tetapi ia agak mustahil untuk tahu ‘masa’ pasaran kerana tiada siapa yang tahu apa akan jadi pada masa depan. Jika tidak, semua orang akan menjadi kaya!
7. Melabur mengikut gerak hati
Jangan biarkan emosi anda mengawal pilihan pelaburan anda. Tetap dengan fakta; belajar mengenai syarikat yang anda laburkan, mengetahui tentang prestasinya selama 12 bulan terakhir dan membuat perbandingan dengan produk lain. Ia akan memberi anda gambaran yang lebih jelas daripada kehendak “gerak hati” anda.
8. Tidak mengira cukai anda
Ya, anda perlu membayar cukai pelaburan yang diperolehi tetapi bukan semua, contohnya dana unit amanah tertentu saja. Penting untuk mengetahui cukai yang mungkin perlu anda bayar sebelum anda mula melabur. Ia akan membantu anda untuk mengelakkan dari dikenakan banyak kos pelaburan.
9. Meminjam jumlah yang besar untuk melabur
Patutkah anda membuat pinjaman untuk melabur? Ia bergantung kepada beberapa faktor seperti kadar faedah pinjaman, keupayaan anda untuk membayarnya serta matlamat pelaburan anda. Pulangan yang berpotensi harus lebih tinggi daripada kos pinjaman.
Anda juga perlu melihat risiko yang dikaitkan dengan risiko pendapatan anda – jika anda kehilangan pekerjaan anda, bolehkah anda membiayai pinjaman anda? Walau bagaimanapun, dalam mana-mana hal, ketahuilah, membuat pinjaman untuk pelaburan adalah sangat tinggi risikonya.
Jika anda telah membuat penyelidikan mengenainya dan bersedia untuk melabur tetapi tidak mempunyai dana yang mencukupi atau jika anda tidak mahu menggunakan simpanan anda, anda mungkin boleh mengambil pinjaman peribadi yang mempunyai faedah rendah dan berpatutan.
Sumber : GoBear.com
: FV Niaga
Comments