Bank konvensional biasa memperoleh wang dari faedah dengan wang yang dipinjamkan kepada pelanggan. Namun konsep tersebut tidak terpakai kepada bank Islamik. Perbezaan utama antara bank Islamik dan bank konvensional adalah dalam perbankan Islamik, setiap aktiviti perbankan tidak boleh melibatkan faedah. Ini adalah kerana dalam ajaran Islam, ia menahan pengikut mereka daripada memberi atau menerima faedah.
Oleh itu, ini mengakibatkan sebilangan daripada kita menjadi keliru jika keuntungan atau dividen yang kita terima dari simpanan kita misalnya, sama ada ianya halal atau haram? Untuk memahami dengan lebih baik tentang apakah itu pembiayaan halal, kami ingin berkongsi dengan anda tentang apakah pembiayaan Islamik dan perbezaan antara Pembiayaan Islamik dan Pinjaman Konvensional.
Isi Kandungan
Apakah Perbankan Islamik?
Prinsip Syariah dalam Perbankan Islamik
Bai’ Al-‘Inah (Bai-Inah)
Tawarruq
Perbezaan antara Pembiayaan Islamik & Pinjaman Kovensional
Kelebihan Pembiayaan Peribadi Islamik
1. Mempromosikan pembiayaan sejajar dengan Syariah
2. Tiada pengkompaunan ke atas fi bayaran lewat
3. Fleksibiliti dalam penyelesaian awal
4. Ditawarkan untuk semua orang
Pertimbangan untuk Pembiayaan Peribadi Islamik
1. Lebih banyak dokumentasi untuk pembiayaan berasaskan Syariah berbanding dengan pinjaman konvensional
2. Dokumentasi baru akan diperlukan semasa penstrukturan semula pembiayaan
Terma Syariah yang mana yang perlu diberi perhatian dalam Pembiayaan Peribadi Islamik?
Perlu Pembiayaan Peribadi Islamik yang boleh dipercayai?
Apakah Perbankan Islamik?
Perbankan Islamik adalah sistem kewangan yang mematuhi Hukum Islam (Syariah). Sebab utama penubuhan bank Islamik adalah untuk menyediakan dan memenuhi keperluan perbankan umat Islam berdasarkan ajaran Al-Quran dan Al-Sunnah. Prinsip perbankan Islamik memberi tumpuan kepada konsep perkongsian risiko dan keuntungan bersama, amalan keadilan dan urus niaga dilakukan berdasarkan aktiviti perniagaan atau aset.
Prinsip Syariah dalam Perbankan Islamik
Semua bank Islamik di Malaysia mengamalkan pematuhan Syariah di mana semua aktiviti pembiayaan tidak boleh menyumbang kepada perkara-perkara yang berikut:
Riba (Faedah yang dikenakan atau yang dibayar)
Haram (Melabur dalam aktiviti perniagaan yang dilarang seperti minuman keras, perjudian)
Gharar (Risiko yang tidak pasti serta keterlaluan)
Maysir (Spekulasi atau perjudian)
Secara amnya, pembiayaan peribadi Islamik tertakluk kepada 2 konsep seperti yang tertera di bawah – Bai’ Al-Inah dan Tawarruq. Di sini kami menerangkan dengan lebih lanjut tentang kedua-dua konsep tersebut.
Bai’ Al-‘Inah (Bai-Inah)
Untuk menyatakan lebih lanjut tentang terma Bai-Inah, Bai = jualan, tijarat = berdagang dan ribbh = keuntungan di atas jualan. Secara ringkasntya, Bank Negara Malaysia (BNM) mendefinasikan Bai-Inah sebagai “satu kontrak jualan dengan pembelian semula oleh penjual pada harga lebih rendah”.
Di sini terdapat gambaran untuk menerangkan bagaimana kontrak Bai-Inah berfungsi. Pada asasnya terdapat dua kontrak dalam konsep Bai-Inah. Kontrak pertama dinamakan sebagai Perjanjian Jualan Aset (atau Komoditi). Kontrak kedua adalah Perjanjian Pembelian Aset (atau Komoditi). Andaikan pelanggan memohon pembiayaan peribadi sebanyak RM10,000 dari bank Islamik.
Dalam kontrak pertama, Pembiaya menjual aset kepada Pelanggan dengan harga RM12,000.
Pelanggan akan membayar ansuran bulanan sebanyak RM500 untuk 24 bulan kepada Pembiaya mengikut kontrak yang telah dipersetujui.
Dalam kontrak kedua, Pelanggan kemudian menjual semula aset kepada Pembiaya untuk mendapatkan tunai.
Pembiaya membayar RM10,000 kepada Pelanggan dalam bentuk tunai.
Secara ringkas, jumlah pembiayaan yang akan diterima oleh pelanggan adalah RM10,000. Jumlah tambahan RM2,000 dari RM12,000 bayaran tertunda adalah dari harga kos termasuk keuntungan. Kontrak akan dianggap telah ‘selesai’ apabila pelanggan menerima tunai dan menjual semula aset/komoditi kepada bank Islamik. Ini bermakna untuk konsep Bai-Inah mengambil tempat, kontrak pertama (Perjanjian Jualan Aset/Komoditi) perlu berlaku sebelum kontrak kedua (Perjanjian Pembelian Aset/Komoditi).
Tawarruq
Secara umumnya, konsep Tawarruq adalah serupa dengan Bai-Inah; kecuali perbezaannya adalah di mana Tawarruq melibatkan kewujudan pihak ketiga berada di antaranya. Tawarruq dijelaskan sebagai pembeli yang membeli aset atau komoditi secara tertunda. Kemudian pembeli menjual aset secara tunai kepada pihak ketiga. Di sini terdapat gambaran untuk menerangkan secara ringkas bagaimana kontrak Tawarruq berfungsi.
Kelebihan Pembiayaan Peribadi Islamik
Muslim woman with hijab is working with laptop computer in coffee shop
1. Mempromosikan pembiayaan sejajar dengan Syariah
Prinsip utama yang diamalkan dalam model Islamik adalah keadilan kewangan. Dengan konsep perkongsian risiko dan perkongsian keuntungan atau kerugian antara bank dan pemberi pinjaman, ia mewujudkan pengagihan pendapatan dan kekayaan yang lebih seimbang; bukannya menjadikan peminjam bertanggungjawab ke atas semua risiko yang terlibat.
2. Tiada pengkompaunan ke atas fi bayaran lewat
Tiada caj faedah pengkompaunan bayaran lewat dikenakan. Peminjam hanya perlu membayar fi bayaran lewat yang dikenakan ke atas baki tertunggak. Ini bermakna fi bayaran lewat untuk pembiayaan Islamik adalah lebih rendah.
3. Fleksibiliti dalam penyelesaian awal
Pembiayaan peribadi Islamik mengizinkan anda untuk melakukan penyelesaian awal pada bila-bila masa dan ‘ibra’ (rebat) akan diberikan. Untuk pinjaman konvensional, mungkin ada tempoh terkunci (‘lock-in’ period). Maka bagi pinjaman konvensional, sebarang penyelesaian awal yang dilakukan sebelum tempoh terkunci akan dikenakan penalti.
4. Ditawarkan untuk semua orang
Perbankan Islamik tidak terhad untuk orang beragama Islam sahaja walaupun ia berlandaskan prinsip Syariah. Orang bukan Islam juga dialu-alukan untuk memohon Pembiayaan Peribadi Islamik untuk menikmati manfaatnya.
Pertimbangan untuk Pembiayaan Peribadi Islamik
1. Lebih banyak dokumentasi untuk pembiayaan berasaskan Syariah berbanding dengan pinjaman konvensional
Untuk mematuhi keperluan pembiayaan Islamik, terdapat perjanjian penjualan aset/komoditi dan perjanjian pembelian aset/komoditi. Di samping itu, mungkin terdapat ‘ejen’ yang terlibat untuk membantu dalam jualan dan pembelian komoditi untuk pembiayaan peribadi mengikuti konsep Tawarruq. Tetapi sebaik sahaja anda memahami konsep tersebut, maka ia akan menjadi mudah.
2. Dokumentasi baru akan diperlukan semasa penstrukturan semula pembiayaan
Berbanding dengan pinjaman konvensional, jika pembiayaan memerlukan penstrukturan semula atau pertukaran terma utama, ia mungkin perlu untuk kontrak baru. Ini akan mengakibatkan kos yang tinggi.
Terma Syariah yang mana yang perlu diberi perhatian dalam Pembiayaan Peribadi Islamik?
Sebelum anda mengambil keputusan untuk memohon pembiayaan peribadi, kami akan berkongsi dengan anda beberapa terma Syariah yang anda akan selalu dapati dalam borang permohonan atau dalam kontrak.
Comments