Pelaburan dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB) dapat dibuat dengan dua cara.
Pakai duit sendiriPinjam duit bank, juga sering disebut sebagai loan ASB (LASB) atau ASB financing (ASBF).
ASB adalah produk pelaburan yang diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB). Manakala pinjaman / pembiayaan ASB pula ditawarkan oleh bank-bank tertentu.
Ini adalah nota panduan asas jika tuan puan berhasrat nak pinjam duit bank untuk simpan duit dalam ASB, iaitu pilihan ke (2).
Apa yang berlaku lepas buat ASBF ni?
Lepas dah lulus permohonan tu, maka dapatlah duit bank. Terus masuk dalam akaun simpanan ASB kita. Maka apa yang berlaku:
Simpanan ASB jadi harta.Hutang loan / financing ASB jadi beban.
Harta – beban = apa yang kota dapat lepas setel baki hutang. Bahasa alien 👽 ialah net worth.
Jadi bila buat ASBF, kita ada simpanan ASB 200 ribu dan pada masa yang sama ada baki hutang loan ASB 200 ribu. Net worth = 0. Ya zero. Kosong.
Kalau net worth kosong kenapa buat ASBF?
Satu. Dividen.
Simpan ASB pakai duit sendiri, dividen tak nampak besar. Iyalah, sekalipun sebulan mampu simpan 1 ribu ringgit, hujung tahun baru ada 12 ribu ringgit dalam akaun. Tapi dividen tu, walaupun kecik, milik kau sorang.
Simpan ASB pakai duit bank i.e. ASB financing; dividen nampaklah besar. Terus kira atas 50 ribu, 100 ribu, 200 ribu sebab bank dah bagi pinjam. Dan dividen tu jangan lupa tolak kos bayar hutang bank. Sebab apa?
Dividen ASB tu pendapatan.Bayar hutang loan ASB tu pula perbelanjaan.
Pendapatan – perbelanjaan = apa yang tinggal nak buat belanja lain.
Dividen ASB 14,000 ribu – bayar hutang loan ASB 13,200 = kiralah sendiri berapa yang tinggal untuk buat belanja. Dalam bahasa alien 👽 kita panggil cashflow.
Saya recap semula.
ASB 200 ribu (harta)
ASBF 200 ribu (ni beban hutang yang kena bayar)
Disebabkan ada ASB 200 ribu, terus dividen jadi besar. Tapi disebabkan ada hutang juga 200 ribu, jangan lupa kira kos bayar hutang bank. Bahasa aliennya 👽 cost of fund.
Dua. Makin lama, baki hutang tu jadi makin rendah. Iyalah, sebab dah bayar hutang. Mestilah baki semasa tu berkurang. Net worth bertambah dan sampai satu masa hutang pun habis.
Dividen 14,000 (assume 7% dividen) Setahun bayar hutang ASBF 13,032 (assume rate 5.1%)
Lepas setahun tengok baki hutang ASBF ada 197,102. Kenapa baki hutang bukan 187 ribu? Kan tiap-tiap bulan dah bayar dekat 1,100, setahun dah bayar 13 ribu?
Bank kan berniaga. Jadi bank ambik 10,100++ ringgit sebagai profit. Dalam 2,900 ringgit sahaja yang tolak hutang pokok ASBF untuk tahun pertama.
Ini contoh sebahagian “jalan kerja” yang saya kongsi dengan klien yang tanya pasal ASBF.
Apa lagi? Saya berkongsi pula benda-benda lain antaranya ialah tentang risiko semasa buat pembiayaan ASB.
Ketahui risiko berkaitan pembiayaan
Pengiraan Debt Serivce Ratio (DSR).
Sama seperti pembiayaan lain, pembiayaan ASB juga ada risiko kredit seperti DSR yang perlu diambil kira selepas dah buat pembiayaan.
Fahami ada turun naik kadar pembiayaan
Base rate kadarnya tidak tetap.
Boleh jadi naik. Boleh jadi turun. Kalau naik kadar bayar balik bertambah. Jika turun, kadar bayar balik berkurang.
Fahami return ASB juga turun naik
Boleh jadi return tinggi, boleh jadi return rendah. Itu semua bergantung kepada prestasi pelaburan ASB. Apa yang tetap cuma harga jualan / belian ASB sahaja.
Dividen + bonus ASB adalah tidak tetap.
Jadi patut atau tak saya buat ASB financing?
Saya tak tahu.
Saya tak tahu gaji dan perbelanjaan tuan puan. Saya juga tidak tahu apa yang harta yang tuan puan ada dan juga hutang banyak mana. Sebelum saya buat investment recommendation, saya perlu kira semua tu terlebih dahulu.
Banyak dokumen bank, investment, insurans / takaful yang saya perlu baca, semak dan susun semula. Selepas tu baru tahu patut atau tak patut seseorang itu buat ASB financing.
Maka secara umumnya, ada 2 perkara:
1) Buat pembiayaan ikut kemampuan bayar balik
Tanda jumlah pembiayaan di luar kemampuan adalah apabila rasa terbeban tiap bulan nak buat bayar bulan-bulan dan mesti mengharapkan dividen + bonus ASB yang tinggi untuk membayarnya.
Ukur poket dulu.
2) Buat pembiayaan untuk penuhi matlamat kewangan jangka masa panjang
Labur semula dividen.
Ini membolehkan dividen + bonus yang diterima dilaburkan semula dan seterusnya mendapat untung yang lebih optima.
Comments