Masyarakat hari ini mempunyai akses mudah terhadap kredit. Anda boleh memohon pinjaman peribadi atau menggunakan kad kredit anda untuk mendapatkan wang kecemasan, perbelanjaan penting, atau untuk membiayai keperluan gaya hidup.
Ada kalanya peminjam tidak meletakkan prioriti untuk melunaskan pinjaman ini lebih awal. Kebanyakan daripada kita merasakan bahawa ini adalah keputusan kewangan terbaik kerana pengumpulan hutang adalah mudah dan berpatutan. Tetapi, jika anda mempunyai cara untuk melunaskan atau menyelesaikan hutang seperti pinjaman kereta atau pinjaman peribadi secepat mungkin, itu adalah strategi yang amat bermanfaat.
1. Tabiat Meminjam
Permintaan pinjaman peribadi sedang meningkat di Malaysia dan di lokasi lain kerana ramai individu lebih mementingkan perbelanjaan berbanding dengan simpanan. Ada yang meminjam tanpa tujuan yang jelas, dan itu merupakan satu bentuk pembaziran. Penggunaan kad kredit yang tidak terkawal, khususnya, boleh merosakkan kedudukan kewangan anda secara menyeluruh.
Syarikat kad kredit pada mulanya akan menawarkan kadar peratusan tahunan yang rendah (APR). Maka dengan itu, ramai yang akan terpedaya lalu jatuh ke dalam perangkap hutang. Selepas tempoh promosi berlalu, pelanggan perlu membayar kadar faedah dan yuran yang melampau tingginya. Apabila hutang terhimpun, beban pun bertambah. Akibatnya, berlakunya kebankrapan dan kehilangan akses kepada kredit disebabkan oleh skor kredit yang buruk.
2. Hutang Cepat Terkumpul
Membayar hutang, terutamanya kad kredit, boleh menjadi perjalanan yang panjang. Kadar kad kredit adalah tetap. Ini bermakna syarikat kad kredit akan mengenakan faedah harian dan bukannya bulanan.
Sebagai contoh, anda memaksimumkan had kredit RM5,000 pada kad kredit dengan kadar faedah 18% setahun. Oleh itu, kadar faedah harian adalah 0.049% (dibahagi 18% dengan 365 hari).
Faedah anda pada hari pertama adalah RM2.45 (RM5,000 X 0.049%). Pada hari kedua, syarikat kad kredit memungut baki baru sebanyak RM5,002.45 memandangkan terdapat faedah harian. Jumlah baki juga akan terkumpul jika anda terus membayar jumlah minima. Disebabkan itu tempoh pembayaran boleh mengambil masa bertahun-tahun.
3. Lakukan Tindakan Wajar
Selain daripada perbelanjaan yang tidak berfaedah, hutang terkumpul turut menjadi halangan utama untuk berjimat. Dengan menghentikan tabiat berkaitan kewangan yang tidak baik ini, anda akan membuka pintu yang menuju kepada kebebasan kewangan. Motivasi akan mudah terhakis dengan hutang yang menggunung. Anda boleh mengelakkan bencana ekonomi daripada berlaku dengan mengikuti langkah yang betul seperti dua pilihan yang dihuraikan di bawah ini.
Pilihan 1
Satukan hutang dengan pinjaman peribadi. Penyatuan hutang (overlap) adalah sejenis hutang yang anda peroleh untuk menghimpunkan pelbagai hutang yang anda ada. Memohon pinjaman peribadi untuk penyatuan hutang adalah berfaedah jika kadarnya lebih rendah daripada kadar pinjaman sedia ada.
Sebagai contoh, andainya anda ada pinjaman peribadi jangka pendek dengan kadar faedah 8% setahun dan hutang kad kredit sebanyak 18% setahun. Dengan Pinjaman Peribadi Co-opbank Pertama yang menawarkan kadar faedah serendah 2.75%, anda boleh merendahkan kadar faedah anda dan juga jimat lebih wang dengan penyatuan hutang.
Berdasarkan contoh yang ditunjukkan, anda boleh jimat sebanyak RM264 sebulan dan jika dikira untuk setahun, anda boleh jimat sebanyak RM3,168 (kadar faedah yang dinyatakan adalah tepat sewaktu masa penulisan). Selain itu, pinjaman peribadi yang mempunyai kadar tetap adalah penting bagi tujuan perancangan dan pemantauan. Anda akan ketahui amaun tepat yang perlu diketepikan untuk membuat pembayaran ansuran bulanan. Dengan cara ini, anda boleh melindungi dan mengekalkan kredit skor anda.
Pilihan 2
Aturkan hutang anda mengikuti jumlah, kadar faedah dan tarikh akhir.
Lakukan perancangan pembayaran balik mengikut kadar faedah paling tinggi kepada yang paling rendah.
Lakukan pembayaran tambahan atau bayar sekaligus dengan hutang yang mempunyai kadar faedah yang tinggi dan lakukan pembayaran baki minima untuk hutang lain. Bayar dalam tempoh tangguh untuk mengelakkan kos faedah tambahan. Dengan cara ini, anda boleh melangsaikan hutang satu demi satu sehingga mencapai baki sifar.
Strategi ini akan menurunkan jumlah prinsipal dan pada masa yang sama mengurangkan kos faedah. Dengan syarat, anda tidak memperoleh apa-apa pinjaman baru. Melakukan pinjaman untuk membayar hutang tidak digalakkan melainkan anda menyatukan hutang.
Jadi, patutkah anda langsaikan hutang lebih awal?
Secara umumnya, perkara tersebut bergantung kepada cara anda menilai keadaan kewangan anda. Tepuk dada dan tanya diri, apakah manfaat yang anda akan peroleh daripada hutang tersebut kemudian bandingkan dengan kos yang perlu ditanggung.
Adakah kos tersebut berbaloi? Harus diingatkan bahawa tidak semua hutang adalah buruk.
Walaupun begitu, adalah lebih baik jika anda langsaikan pinjaman anda. Membayar pinjaman awal akan menjadi agak sukar pada awalnya, tetapi itu adalah pilihan yang baik jika anda mempunyai wang lebih untuk pembayaran tambahan. Perlu diingat bahawa selagi anda berhutang, wang bukanlah hak milik mutlak anda. Sama juga dengan hutang terkumpul melebihi kemampuan anda yang akan melumpuhkan anda dari segi kewangan.
Tetapi sebab yang paling menarik dalam melangsaikan pinjaman dengan segera adalah anda memperoleh ketenangan fikiran. Jadi, cabar diri anda untuk bebas daripada hutang. Setiap kejayaan bermakna satu hutang yang kurang untuk dibimbangkan.
Comments