Seorang pemilik perniagaan restoran bernama Pak Long pernah berkongsi dengan saya tentang perniagan beliau yang sering kekurangan cash (wang tunai) walaupun perniagaannya sangat menguntungkan. Perniagaannya mempunyai margin keuntungan >50%. Oleh itu beliau terpaksa meminjam cash daripada rakan-rakan serta pihak lain untuk menampung keperluan cash dan situasi isi amat menyusahkan, ujar beliau. pernah membuat pinjaman Bank dengan harapan ini dapat membantu masalah cash yang dihadapi. Tetapi ini merupakan penyelesaian jangka masa pendek kerana perniagaan beliau semakin berkembang,”…. Semakin meningkat jualan semakin kurang cash.”
Pak Long semakin bimbang dan tertanya-tanya, ”Mengapa perniagaan saya menjanakan keuntungan tetapi tiada cash? Apakah masalahnya?”
Rakan usahawan, pernahkah anda melalui pengalaman seperti ini? Atau adakah perniagaan anda kini mengalami masalah yang sama? Jika ya, bukan anda seorang sahaja yang mengalaminya. Dalam dunia perniagaan, situasi ini dikenali sebagai cash shortage (kekurangan wang tunai).
Kenapa ini berlaku? Mengapa perniagaan saya untung tetapi tak nampak wang?
Cash shortage terjadi disebabkan oleh cash gap (jurang tunai), di mana jumlah cash yang keluar untuk belanja bahan mentah lebih cepat/banyak berbanding jumlah cash yang masuk dari kos penyediaan barang mentah tersebut.
Tempoh Kredit + Bahan Mentah Persediaan dalam Hari – Tempoh Hutang = Cash Gap (Jurang Tunai dalam Hari)
Ambil contoh perniagaan restoran Pak Long di atas; Perniagaannya melibatkan pembelian stok/bahan mentah untuk tempoh 2 bulan (60 hari) dengan pembayaran kepada pengedar lebih kurang 20 hari. Perniagaan ini kemudian menjual barangan dengan tempoh pembayaran dari pelanggan dalam masa 30 hari. Penjualan sehari perniagaan ini adalah RM2K dengan marjin keuntungan sebanyak 50%.
Menggunakan formula di atas, kita tahu bahawa perniagaan ini mengalami Cash Gap sebesar:
30 hari + 60 hari – 20 hari = 70 hari
Maksudnya, perniagaan restoran Pak Long membayar bahan mentah 20 hari selepas barang tersebut diterima, bertahan selama 40 hari sebelum dijual dan kemudian menunggu 30 hari untuk mendapat bayaran dari pelanggan. Ini bermaksud perniagaan tersebut harus menampung kekurangan penjualannya atau mempunyai cash ekstra untuk memenuhi keperluan operasi perniagaan selama 90 hari sebelum wang tunai dari jualan barangan diterima.
Berapa banyak nilai cash ekstra yang perlu disediakan untuk menampung jurang tersebut? Jumlahnya adalah sebesar RM70k [70 x RM2K x (1-50%)]. Ini bermaksud perniagaan ini perlu menyediakan cash ekstra sebanyak RM70K untuk beroperasi selama 70 hari untuk setiap tempoh selepas 20 hari barang mentah diterima. Jumlah tersebut bukan sedikit untuk perniagaan yang jualannya sebanyak RM60K sebulan.
Situasi inilah yang berlaku dalam perniagaan restoran Pak Long atau perniagaan anda dan usahawan-usahawan lain yang mengalami situasi yang sama. Meskipun margin keuntungan tinggi, operasi perniagaan sentiasa mengalami kekurangan cash. Jika keadaan ini dibiarkan, semakin besar perniagaan dan jualan anda, semakin kurang cash perniagaan anda.
Bagaimana ini boleh terjadi? Dari contoh sebelum ini, hasil jualan perniagaan Pak Long meningkat RM120K sebulan (naik 100%), maka kekurangan cash perusahaan ini akan menjadi RM140K [70 x RM4K x (1-50%)]. Sama juga jika jualan meningkat menjadi RM240K sebulan, maka masalah kekurangan cash akan meningkat menjadi RM280K [70 x RM8K x (1-50%)] dan seterusnya.
Ini lah yang berlaku dengan perniagaan Pak Long yang mengharapkan pinjaman dari Bank untuk menampung Cash Gap, tetapi di kala perniagaannya semakin berkembang masalah ini tidak selesai, malah menjadi semakin buruk. Tambahan cash dari Bank bukan jalan penyelesaian (ini akan membantu dalam jangka masa pendek), malah masalah cash yang dihadapi akan menjadi semakin buruk.
Kenapa? Hal ini berlaku kerana punca sebenar masalah bukanlah jumlah cash yang dimiliki oleh sesebuah perniagaan tetapi pengurusan wang tunai tersebut. Keutamaan dalam menyelesaikan masalah ini bukan terletak pada jumlah wang tunai ekstra dari luar tetapi bagaimana untuk menguruskan aliran wang tunai perniagaan dengan baik! Ini merupakan faktor penting untuk menjamin kejayaan atau kejatuhan sesebuah perniagaan dalam jangka masa panjang.
Anda bagaiman? Sudahkah anda memaksimakan cashflow (aliran wang tunai) perniagaan dengan baik? Jika belum, inilah masanya kerana 80% – 90% perniagaan di Malaysia gagal kerana masalah cashflow!
Akhir sekali, jika anda mendapati perniagaan anda mengalami masalah kekurangan cash, mungkin lebih baik jika anda menangani masalah pengurusan cashflow terdahulu sebelum menambahan jumlah cash perniagaan anda.
Comments